
Anonymous
6 tahun
Kekerapan kencing di bulan puasa
Saya seorang ibu bekerja, berumur 30 thn. Sejak kebelakangan ini saya kerap membuang air kecil, setiap kali saya tengah membuat kerja, berdiri lama atau mengangkat barang. Bulan puasa ini saya jarang minum air manis. Masa berbuka saya akan ambil air kosong. Selalunya saya akan membuang air kecil sebelum mandi, tapi sekarang sangat kerap. Menyukarkan saya untuk membuat kerja, sebab kadang2 terkencing dalam seluar. Apa yang harus saya buat doktor?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah kerap kencing boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Penyakit kencing manis
- Terlalu banyak minum air
- Masalah prostat
- Masalah hormon yang mengawal air dalam badan
- Radang pada pundi kencing
- Penggunaan ubat ubatan seperti ubat darah tinggi jenis diuretik
- Pundi kencing terlalu aktif (Overactive Bladder)
- Kesan strok
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.