
Sulit
4 tahun
Kekerapan kencing tp tiada kesakitan
Lelaki 42 thn, heavy smoker, arwah bapa diabetik. Selepas 1 bulan yg lepas pulih drpd viral fever dan akhir² ini tidak boleh menahan rasa kencing. Ketika kencing - tidak sakit, urine flow ok, kencing tiada darah atau buih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.
Saya memahami kebimbangan anda. Untuk makluman anda, masalah kerap kencing boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Penyakit kencing manis
- Terlalu banyak minum air
- Masalah prostat
- Masalah hormon yang mengawal air dalam badan
- Radang pada pundi kencing
- Penggunaan ubat ubatan seperti ubat darah tinggi jenis diuretik
- Pundi kencing terlalu aktif (Overactive Bladder)
Jangan biarkan masalah kencing menghantui anda.
Penjelasan yang anda berikan kurang memberi maklumat. Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Dapatkan nasihat pakar urologi yang arif dalam sistem air kencing.
Ingin berhenti merokok? Konsult doktor kami secara PERCUMA!