Anonymous
6 tahun
Kekerapan Kencing yang kerap sehingga menggangu rutin seharian
saya lelaki mempunyai kekerapan kencing apabila minum air walaupun dengan kadar yang sedikit. Kesakitan akan terasa ketika tidur akan membuat saya tidak berasa selesa ketika tidur dan kerap terjaga. Mohon penjelasan dari Pihak Dr.
7 tahun
Selamat Sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan oleh anda.
Saya akan cuba untuk menjawab soalan yang diutarakan cik. Situasi kerap kencing ini merupakan sebuah keadaan yang tidaklah jarang dialami oleh masyarakat umum. Seseorang itu mungkin akan mengalami masalah ini sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Terdapat banyak perkara yang boleh menyebabkan masalah kerap kencing (Urinary Frequency) berlaku.
Punca - punca lain boleh menyebabkan kencing menjadi kerap termasuklah:
- Penyakit kencing manis
- Masalah prostat
- Radang pada pundi kencing
- Penggunaan ubat ubatan seperti ubat darah tinggi jenis diuretik
Kesakitan berlaku kerana, air kencing akan disimpan di dalam pundi kencing dan apabila ia sampai ke tahap yang penuh ia akan memnyebabkan ketidakselesaan dan kesakitan. Hal ini juga boleh bertambah buruk jika turut menghidap jangkitan pada saluran kencing.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih

































