
Sulit
4 tahun
Kekerapan melakukan ujian Convid-19
Saya telah menjalani RTK test. Hasil Negative.
Selepas ini berapa bulan akan datang saya perlu buat ujian lagi?
Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, individu yang perlu menjalani ujian saringan adalah individu yang mempunyai gejala dan yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit disahkan positif COVID-19. Sekiranya anda disahkan negatif dan tiada gejala, maka tidak perlu untuk melakukan ujian ulangan. Rapid test kit (RTK) sebenanrnya mempunyai dua jenis ujian samada untuk mengesan antigen atau mengesan antibodi, dikenali RTK-Ag atau RTK-Ab. Untuk RTK-Ag, ia akan mengesan antigen dalam badan seseorang. Antigen adalah suatu bahan asing bagi badan yang akan membangkitkan sistem imuniti untuk menghasilkan antibodi. Ujian ini juga boleh mengesan virus tetapi tidak sesensitif RTPCR. Positif ujian RTK-Ag (BUKAN RTK-Ab) bermaksud pesakit tersebut mempunyai penyakit. Ujian ini mengambil masa lebih singkat lebih kurang 45 minit untuk ketahui keputusan.
Tekan link ini untuk ketahui lebih lanjut tentang RTK-Ag melalui KKM.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini