
Sulit
4 tahun
Kekerapan postinor ketika subur
Saya ingin bertanya jikalau isteri saya amik tablet postinor pertama pada awal pagi selasa kemudian tablet kedua pada 12 jam kemudian,dan kami melakukan hubungan lagi pada beberapa jam kemudian adakah pastinor masih berkesan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, postinor adalah pil perancang kecemasan yang diambil setelah aktiviti seksual yang tidak terlindung. Ianya bukanlah kaedah perancang normal.
Kebiasaannya ubat ini harus diambil dalam masa 72 jam setelah hubungan intim yang tidak terlindung. Oleh disebabkan, anda mengambil pil ini sebelum hubungan seksual maka, kesan ubat tersebut untuk mengelakkan kehamilan adalah tidak pasti.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.