
Sulit
4 tahun
Kekerappan kencing Dan gatal di pintu Rahim
Hello doc. Saya cuma nak Tanya. Adakah normal pada seseorang kerap buang air kecil kerana minum air banyak? Saya kerap buang air kecil Dan gula dalam darah saya adalah 4.6 mmol (sebelum makan). Saya buang air kecil sebanyak 4-5 Kali dan Ada rasa gatal Di celah-celah pintu rahim. Tetapi warna air kencing adalah kuning biasa.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan gejala kerap kencing, antaranya:
- Gejala penyakit kencing manis
- Terlalu banyak minum air
- Masalah hormon yang mengawal air dalam badan
- Radang pada pundi kencing
- Penggunaan ubat ubatan seperti ubat darah tinggi jenis diuretik
- Pundi kencing terlalu aktif (Overactive Bladder)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.