
Sulit
5 tahun
Kekeringan pada tapak tangan
Dr, saya mengalami kekeringan pada tapak tangan. Adakah itu masalah serius ? Saya bekerja di office. Minum air 2 liter - 2.5 liter sehari.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kulit kering beserta kegatalan boleh disebabkan:
- Jangkitan kulat - disebabkan anda menggunakan ubat “Ecocort” untuk merawat gejala ini, mungkin jangkitan kulat adalah penyebabnya
- Dermatitis alahan - kulit anda mungkin alah pada jenis pakaian, sabun atau matahari
- Penyakit kulit - seperti ekzema atau psoriasis
- Hipo-tiroid
- Akromegali
Antara langkah yang boleh diambil anda ialah dengan menyapu losyen, kerap minum air, kurangkan pendedahan kepada matahari serta sabun pada tangan serta pengambilan vitamin C.
Untuk mengatasi masalah ini secara khusus, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor pakar kulit anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.