
Sulit
5 tahun
Kekurangan darah merah
Doktor, ibu saya mengalami penyakit kurang darah merah. Dia sekarang berada di hospital. Lama juga. Ibu saya sudah ditambah darah tapi darah masih juga berkurang… punca pendarahan belum diketahui lagi, sbb nak tggu keputusan lama sangat. Dia selalu sakit bahagian perut, sakit tu kadang datang kdg x. selalunya dia sakit perut bila malam… boleh doktor bagi penerangan atas masalah yang ibu saya hadapi?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Memandangkan sekarang ibu anda berada di hospital, sebaiknya anda langsung merujuk doktor yang bertanggungjawab merawat ibu anda untuk penjelasan lanjut.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.