
atie5006
6 tahun
Kelenjar air liur dibahagian bawah rahang
Saya berusia 47 tahun, saya sudah menjalani ct scan di kelenjar air liur di bawah rahang ,sebanyak 3 kali,dan didapati ada benjolan sebanyak 2 cm. Pernah buat biopsi, mengambil sampel tetapi result tidak boleh di baca
saya tidak pasti samada doktor yg melakukan tersalah cucuk bahagian yg hendak diambil sample atau masalah lain.
Benjolan itu pula tidak kelihatan di luar, hanya bila di buat ct scan sahaja kelihatan.
Kadang kadang di bahagian kelenjar air liur itu rasa sakit hingga ke belakang telinga selama beberapa hari, walaupun sya tidak mengalami selsema, batuk atau demam atau sebagainya.
Persoalan nya ialah,adakah bengkak sebesar 2 cm di kelenjar itu,adalah ketumbuhan.
Memandang kn setiap kali scan ia mesti ada dan besarnya 2cm.
Atau boleh menjadi kanser air liur.
Dan apa yg perlu saya buat.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, gejala yang anda nyatakan/keterangan yang anda berikan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda bimbang terhadap tahap kesihatan anda saya amat menyarankan anda untuk mendapat pandangan daripada doktor kami.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yg sesuai, sila rujuk kepada doktor kami bagi konsultasi secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih