
Sulit
4 tahun
Kelenjar Bengkak Anak Lelaki berumur 9 tahun
Salam dan hai doc, anak saya umur 9 tahun mengalamai bengkak sebelah kanan area penis. Bila kita tgk dia mcm xseimbang rupa area penis tu. Dah bawak ke klinik, doc ckp mungkin kelenjar dia bengkak sbb takde demam dan aktif seperti biasa. Cuma dia akan rasa tak selesa jika seluar dalamnya tak parking betul2 dgn penis. Doc on zynomax dan ubat surut bengkak. Apa punca keadaan inj berlaku ya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala zakar bengkak yang anak anda alami boleh disebabkan beberapa perkara yang lazim, antaranya:
- Alahan zakar - pada seluar dalam atau kain seluar
- Gigitan serangga
- Trauma pada zakar
- Jangkitan kulit (cellulitis)
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Untuk info lanjut tentang perkara ini, anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih