Sulit
3 tahun
Kelenjar di bahagian ketiak yang sakit
Saya wanita 30 tahun saya ada soalan saya sering mempunyai benjolan dibahagian ketiak saya… jika saya tekan dia sakit dan akan mengeluarkan darah… adakah ini normal
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Gejala yang anda alami dapat dikaitkan dengan pelbagai masalah atau gangguan, sehingga ia memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif bagi menentukan rawatan yang terbaik.
Kesihatan wanita sangat penting. Dapatkan bantuan dari suplemen sekarang !
Umumnya, gejala yang yang anda alami dari telinga sehingga ke celah peha boleh disebabkan oleh pelbagai jenis gangguan tubuh yang sama mahupun berbeza. Antara gangguan-gangguan ini termasuk:
- gangguan kelenjar minyak (i.e. acne)
- gangguan pertumbuhan lemak (i.e. lipoma)
- gangguan jangkitan kulit yang kronik (i.e. dermatistis)
- gangguan kelenjar peluh (i.e. hidradenitis suppurativa)
- tanda-tanda jangkitan bakteria atau virus (biasanya disertai gejala demam)
- gangguan atau penyumbatan kelenjar limfatik
- tanda-tanda gangguan payudara atau neoplasma
- gangguan kulit yang lain (i.e. kista, dll.)
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Gynecologist kami sedia membantu.
Untuk mengetahui punca masalah sebenar anda perlu mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut. Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).