
Sulit
5 tahun
Kelenjar di leher kiri dan kanan
Hi doc saya tengah mengalami kelemjar di leher kiri dan kanan. Doc kata sebab tekak merah skrg tgh on antibiotik tapi saya tetap eisau. Boleh sy tahu tempoh untuk baik brapa lama. Dan kenapa jadinya kelenjar ni ya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, jangkitan tonsil mengambil masa kira-kira seminggu untuk sembuh, bergantung kepada tahap imuniti anda. Kelenjar ini bengkak kerana kelenjar ini bertnggungjawab untuk menapis kuman. Apabila kuman seperti virus atau bakteria terperangkap, sel darah putih dalam tonsil akan cuba untuk membunuh kuman ini. Inflammasi yang menyebabkan lebih darah mengalir ke tonsil membawa lebih banyak sel darah putih. Oleh itu, warna tekak anda akan nampak merah.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.