
Anonymous
5 tahun
Kelenjar Di payudara kiri
Assalamualaikum doktor… Saya ani… Saya dah berkahwin hampir 2 tahun… Baru2 ni saya rasa kan badan saya kerap tidak sihat… Saya dah 14 tahun mempunyai kelenjar Di payudara kiri… Sebesar 3cm…saya jika nak datang bulan akan selalu demam. Saya masih belum dikurnia kan anak. Adakah sebab saya mempunyai kelenjar, saya de masalah untuk mengandung doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor
Untuk pengetahuan anda, terdapat banyak perkara yang mempengaruhi kehamilan. Antaranya adalah:
- Kadar hormon : kadar hormon boleh dipengaruhi oleh berat badan dan tekanan
- Ovulasi : sesetengah penyakit boleh mempengaruhi ovulasi
- Gaya hidup : merokok boleh memberikan kesan negatif terhadap kehamilan
- Penyakit seperti endometriosis dan ketumbuhan boleh menyukarkan kehamilan
Saya sarankan agar anda berbincang dengan seorang doktor bagi mendapatkan maklumat lanjut atau merancang kehamilan anda. Anda boleh bercakap dengan doktor kami yang bertauliah di link ini (DoctorOnCall) harap membantu. Terima kasih.