Sulit
5 tahun
Kelenjar leher bengkak sebelah kanan
Saya perempuan berusia 22. Kelenjar leher sebelah kanan saya bengkak dan sakit. saya rasa sakit kepala di bahagian belakang kepala juga dan keletihan serta penat walaupun tak buat apa apa. Saya masih boleh menelan dengan baik. cuma kelenjar yg bengkak tu agak sakit kalau bergerak berlebihan. ia dah berlaku hampir 2minggu.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, bengkak kalenjar mahupun nod limfa dileher selepas terdapatnya jangkitan pada kebiasaanya akan mengambil masa beberapa hari hingga 1-2 minggu untuk surut. Sekiranya ia tidak surut, pemeriksaan lanjut oleh doktor diperlukan dan ini termasuklah maklumat tambahan. Sekiranya perkara ini masih berlanjutan anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.
































