
Sulit
4 tahun
Kelenjar tersumbat atau hiv?
Hai doktr…sy akn bernikah tidk lama lagi…tp sy pernh melakukn hubgn seks last 4tahun lalu…tp sy ada mslh kelenjr bengkak di belakang leher…dulu sy pernh oprt untk buang kelnjr tersbut…doktr mengatkn ianya kelenjr minyak tersumbt…dan bru2 ninsy ade bca tentg hiv…antara simtm hiv kelnjr getah bening…untk simtm2 hiv lain sy tidk ade hnya kelenjr di belkg leher sahaja…adakh ianya hiv atau sakig lain?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kebimbangan yang anda sedang alami. Untuk pengetahuan anda, kelenjar bengkak mempunyai banyak maksud dan ia memerlukan pemeriksaan lanjut daripada pakar perubatan untuk menentukan diagnosis terhadap benjolan tersebut.
Berikut merupakan antara sebab-sebab yang boleh menyebabkan kelenjar bengkak atau benjolan pada permukaan kulit:
- Kelenjar limfatik tersumbat
- Jangkitan bakteria, virus
- Sebaceous cyst
- Lipoma
- Tuberkulosis
- Kanser limfoma
- HIV
Namun begitu ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya diagnosis dapat diketahui dan rawatan dapat diberikan.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk konsultasi secara peribadi di atas talian bersama dengan doktor kami. Terima kasih.