
Sulit
3 tahun
Kelewatan Period ibu menyusu
AHi doc saya hany berumur 25 tahun berat 74kg tinggi 158cm.Ibu kepada seorang anak berumur 1tahun 8bulan Yang menyusukan anak secara ekslusif sehigga harini. Baru sahaja membuat pap smear bulan 7 dan result ok. Saya selesai sahaja pantang terus sambung dengan period.Dan period saya agak teratur sehingga bulan 5 tahun ini.Bermula bulan 5 tahun ini sehingga kini saya tidak lagi datang period. Boleh doc bantu saya adakah itu normal atau sebaliknya? Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan kenyataan di asat, kami memahami bahawa anda baru sahaja selesai pantang dan period seperti biasa sehinggalah pada bulan 5. Kini anda risau kerana period anda tidak mengikut jadual sepatutnya. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, hari purata untuk haid kembali normal selepas bersalin adalah 45-94 hari. Memandangkan anda telah lepas tempoh tersebut, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan haid lewat atau tidak teratur. Antaranya:
- Stres
- Pengambilan ubat hormon
- Masalah tiroid
- Fibroid
- PCOS
- Kehaminal
Kesemua punca haid tidak teratur seperti yang disenaraikan boleh dirawati. Sebaiknya, sila rujuk kepada doktor bagi mengenal pasti punca masalah haid tidak teratur yang sebenarnya serta mendapatkan rawatan yang tepat.
Hubungi kami secara atas talian agar konsultasi peribadi dapat diberikan agar kami dapat membantu anda.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan