Anonymous
6 tahun
Keliling payudara kanan sakit dan period tak datang lagi
Saya wanite berumur 19 tahun belum berkahwin, saya dah 4 hari sakit sekeliling tetek saya bahagian kanan tapi saya tak rasa ade benjolan ke apa, dan saya masih belum dtg bulan untuk bulan ini… saya risau lah doctor apa cara nak cepatkan haid… adakah sakit payudara ini tanda haid akan datang?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan anda, masalah kesengalan payudara yang anda hadapi bleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antara punca fisiological untuk masalah anda adalah:
Menstruasi (sindrom pramenstrual (PMS) atau gejala sebelum menstruasi )
Agak umum dalam kalangan wanita di mana kebanyakan mereka akan berdepan sakit payudara kerana perubahan hormon sewaktu menstruasi contohnya hormon estrogen, progresteron. Pengurangan hormone tersebut semasa PMS akan menyebabkan golongan wanita kerap rasa sakit di bahagian payudara.
Kesakitan otot pectoral disebabkan tertarik/ aktiviti lasak.
Otot Pectoral berada tepat di bawah payudara dan kesakitan akibat senaman tertentu bersifat sementara. Kesakitan itu berlaku bergantung kerana tahap tenaga dan tekanan yang digunakan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat yang selanjutnya adalah diperlukan seperti maklumat tentang latar belakang kesihatan anda. Pemeriksaan dan ujian yang selanjutnya juga diperlukan untuk mendapatkan pengesahan.
Kami faham bahawa masalah ini adalah amat merunsingkan. Justeru, anda disarankan untuk mendapatkan rundingan tentang masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih
































