
Sulit
3 tahun
Kelimumur Dan berair
Saya lelaki berumur 20 tahun, dan apabila saya membuang kelimumur, terdapat air yg keluar daripada kawasan kelimumur tersebut. Adakah air tersebut air bisa? Dan bagaimanakah saya perlu lakukan untuk menghilangkannya

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui keterangan yang diberikan kami memahami anda mengalami masalah kelemumur dan terdapat cecair yang keluar.
Untuk makluman tuan, gejala yang anda alami boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Seborrheic dermatitis
- Ekzema kepala
- Psoriasis
- Rosacea
- Alahan
Namun begitu, gejala yang anda alami juga boleh berlaku disebabkan penyakit yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian daripada doktor seperti:
- Systemic Lupus Erythematous (SLE)
Gejala ini perlu dilakukan pemeriksaan oleh doktor sebelum rawatan boleh diberikan. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan bantuan lebih lanjut dalam mengatasi hal ini.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.