
Anonymous
6 tahun
Keliru antara haid dan spotting
Saya berumur 26 tahun, baru sahaja berkahwin pada 19.1.2019 yang lalu. Haid terakhir saya pada bulan Januari adalah pada 17hb (Hari pertama) dan 23hb (Hari terakhir).
Pada 11.2 baru-baru ini saya mengalami sedikit pendarahan. Hanya sedikit pada waktu pagi dan waktu malam. Hari ini (14.2) juga masih ada namun masih dalam kuantiti yang sedikit (tidak seperti haid sebelum ini.
Adakah ini haid (sedikit berlainan pattern selepas berkahwin) atau spotting tanda awal hamil? Sebab saya ada merasa beberapa simptom seperti kejang perut, loya dan keinginan makan. Namun, saya masih keliru. Apa yang perlu saya lakukan seterusnya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk maklumat anda, spotting atau pendarahan sedikit seperti yang anda ceritakan boleh disebabkan oleh banyak perkara, antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Pengambilan pil perancang kehamilan boleh menyebabkan spotting
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Untuk mengetahui penyebab keadaan anda, maklumat lanjut dan pemeriksaan perlu dijalankan. Anda boleh mendapatkan alat ujian kehamilan di farmasi dan melakukan ujian di rumah dan mendapatkan nasihat lanjut untuk masalah ini. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOncall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian dengan percuma. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.