
Sulit
3 tahun
Keliru mengandung atau tidak kerana telah datang haid
salam doktor, saya ada kemusykilan untuk ditanya. saya baru lepas bersalin 15/3/21. 8/5/21 saya dah datang haid kali pertama selepas bersalin. ada bersama suami selpas itu dengan mengunakan perlindungan (condom). kemudian 3/6/21 saya telah datang haid kali ke2 selama 7 hari (3/6-9/6) dan telah mengambil pil perancang pada hari pertama haid. namun semalam (13/6) saya saja2 telah test alat kehamilan upt sebab ada rasa tak selesa pada bahagian rahim saya (ngilu seperti hendak dtang haid/awal kehamilan) dan hasilnya positif ada dua line satu line samar2. 6 upt dan hasilnya semua ada line2 samar. saya sangat pelik sebab saya baru abis period beberapa hari lepas. boleh tolong terangkan tak doktor. ada ke kemungkinan saya hamil? sebab simptom tak selesa nyeri pada kwasan rahim dan payudara sama sperti awal kehamilan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, beberapa faktor boleh menyebabkan keputusan UPT anda menjadi seperti berikut, antaranya ialah:
- Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
- Kerosakan alat ujian kehamilan
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
- Keguguran
- Kehamilan ektopik (luar rahim)
Ujian kehamilan perlu dilaksanakan sekurang-kurangnya seminggu atau 2 minggu selepas lewat datang haid. ia disarankan untuk dilakukan pada waktu pagi.
Sila klik pada link ini (Ujian kehamilan) untuk mengetahui cara menggunakan UPT dengan tepat.
Namun, secara kesimpulannya, jika ianya positif, maka keseluruhan ujian adalah positif walaupun garisan itu nampak seperti samar dan kabur.
Kami sarankan anda untuk berhubung dengan doktor kami di atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan kami membantu anda, terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.