
Anonymous
3 tahun
Keliru sama ada hamil atau masalah periot
Sy ada amik ubat vissane untuk kecutkan csyt 4.2cm selama 3bulan atas arahan doctor. Dan cyst saya berjaya kecut. Last saya makan vissane 6/7/19 sampai sekarang periot saya belom dtg. 29/7/19 sy jumpa doctor untuk scan. Doctor sah kan cyst sy sudah kecut dan cakap rahim sy tengah tebal.kemungkinan sy nak dtg periot. Dia juga sarankan sy untuk try to pregnant. Skarang periot sy masih belum tiba dan sy check upt negative saja. Adakah ini desebabkan kesan ubat vissane itu. Sebelum ni periot sy regular.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Visanne mengandungi Dienogest yang tergolong dalam kelas ubat yang dipanggil progestin, ubat- yang bertindak seperti progesteron di dalam badan. Progesteron adalah hormon wanita.
Antara kesan sampingan ubat ini ialah haid yang tidak teratur: Corak haid tidak teratur adalah biasa di kalangan wanita yang mengambil progestin. Jika anda mendapati perubahan dalam corak haid biasa anda, saya sarankan anda mendapatkan nasihat doktor yang merawat anda kerana beliau lebih mengetahui tahap kesihatan anda.
Anda juga boleh bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.