Sulit
6 tahun
Keliru sama ada hamil atau tidak
Hii doktor…sy telah berkhwin almost 9bulan…dan sy msih mncuba utk dptkn zuriat…sblm ni haid sy teratur…tp bulan ni sy telah lewat 3hari dan selama 4hari ni sy telah kluar spotting dlm jumlah yg sikit…sy ada buat upt test tp smua negtif…so sy msih bersama suami sbb fkir spotting dtg skit2 je and sometime tak ada lnsung…bila brsama suami sy dpt rasakn bawah perut sy rasa mnggeras dan sy skit dr pinggng smpai ke bawah perut…sy ada buat check up di klnik tapi dktor disitu suggest utk tdak buat ultra sound dlu sbb sy msih baru…sdgkn sy nak sgt tahu cpt smaa ada sy hamil atau ada mslh lain …buat masa ni sy sring sndwa/kentut…sy byk mkn serta ada rasa mual bila mkn…blh ke dktor bntu sy
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang anda alami ini boleh disebabkan:
- Kehamilan - anda boleh memeriksa semula 1-2 minggu selepas hubungan kelamin akan status ujian kehamilan anda
- Ketumbuhan fibroid dalam rahim
- Masalah sista (cyst) dalam ovari yang membesar
- Endometriosis - keadaan apabila sel dinding rahim tumbuh di organ lain
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.




























