
Sulit
4 tahun
Keliru tentang darah haid
Saya wanita berusia 28 thn & baru genap 1 thn berkahwin.Kini merancang utk hamil.Period sebelum nie teratur tetapi pada bulan nov 2019 period dtg 2x dlm masa sebulan.Ini merupakan kali pertama.Pada 11/11 period & habis dlm masa seminggu.Tetapi period dtg lagi selepas seminggu habis period dlm 24/11 sehingga kini.Hari ini sudah 14 hari.Pada 22/11 & 23/11 cuma sedikit darah yg ada & pada 24/11 darah byk seperti period. Semlm sy check opk +ve. Hari ini masih +ve. Pekat sedangkan darah ada lagi

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Pertama sekali, kami perlu mengenal pasti samada haid yang anda alami adalah haid sebenar atau spotting yang boleh berlaku sewaktu awal kehamilan.
Kehamilan tidak boleh menyebabkan haid berlaku. Namun, kehamilan boleh menyebabkan spotting iaitu darah sedikit atau berwarna coklat. Pendarahan yang banyak serta berketul, sakit perut merupakan gejala keguguran. Jika anda mengalami sebarang gejala tersebut, anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.