
Sulit
3 tahun
Kelopak bawag Mata kiri dan kanan ada nanah kecil
Saya student umur 20an, saya nak tanya dua dua kelopak mata saya ada nanah kecil di bahagian bawah dan sakit sangat2. Sebelum ni saya tak pernah macam ni. Saya nak tahu sebab apa saya jadi mcm ni dan daya kena buat apa

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah kelopak bawah mata kiri dan kanan yang mempunyai nanah serta terasa sakit. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah sedemikian boleh disebabkan oleh pelbagai punca, antaranya:
- Jangkitan Virus dan Bakteria
- Alahan – habuk, debunga atau asap
- Akibat dari tindakan kimia- dari ubat titis mata
- Saluran air mata tersumbat
Memandangkan adanya risiko jangkitan kuman kerana sudah munculnya nanah dan kesakitan, anda amat disarankan untuk berjumpa dengan doktor segera bagi mendapatkan rawatan.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Jika anda masih memerlukan penerangan lebih lanjut berkenaan pertanyaan anda, anda boleh bercakap dengan doktor kami secara atas talian secara peribadi.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.