
Sulit
4 tahun
Kelopak mata ada biji
selamat sejahtera docter, saya berumur 16 tahun , di kelopak mata saya terdapat biji dan saya telah dapatkan rawatan dan diberikan antibiotik dua jenis dan susut bengkak , sekiranya ubat telah habis dan biji itu tidak surut , saya harus pergi mendapatkan rawatan ataupun tunggu sehingga surut .
l

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang masalah mata.
Untuk makluman anda, masalah sebegini biasanya mengambil masa seminggu atau lebih untuk sembuh bergantung kepada tubuh badan individu tersebut. Sekiranya mata anda masih bengkak setelah habis antibiotik, anda boleh menunggu dua-tiga hari sebelum kembali ke klinik. Hal ini kerana badan anda masih sedang melawan bakteria penyebab mata bengkak. Sekiranya TIADA perubahan langsung pada mata anda, sila kembali ke klinik untuk pemeriksaan lanjut.
Kini anda tidak perlu risau dengan mata anda. Lihat di sini untuk penjagaan
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.
Hubungi pakar mata untuk melegakan masalah penglihatan dan mata anda.