
Sulit
5 tahun
Keluar air jernih dari faraj
Saya berumur 24 tahun dan dah berkahwin , saya nak tanya normal atau tidak kalau keluar air jernih di faraj

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat tambahan adalah diperlukan bagi mengenalpasti punca masalah yang anda alami seperti jenis, warna dan kepekatan cecair yang keluar, adakah ia keluar dari saluran rahim atau saluran kencing serta sejarah kesihatan anda. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan segera kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih