
eymaleman001
5 tahun
Keluar bercak darah semasa membuang air kecil
Assalamualaikum saya seorang ibu berumur 26 tahun dan mempunyai seorang anak berumur 9bulan yang masih menyusu badan… pada bulan ini sebelum lewat haid sy mengalami sakit nyeri dibahagian abdomen ketika anak menyusu…kemudian saya merasa nyeri di bahagian puting…kini saya dah lewat haid selama seminggu… dah melakukan tes upt hasil negatif…tadi semasa saya membuang air kecil ada keluar sedikit darah berwarna merah seperti tali halus yang pendek… tetapi sekarang ianya dah tiada… apakah itu tanda awal kehamilan atau tanda period ? Terima kasih atas jawapan doktor

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor
UPT yang terdapat di pasaran mempunyai sensitiviti yang berlainan. Ada yang dapat mendeteksi kehamilan yang masih awal, ada juga yang memerlukan hormon yang lebih tinggi untuk menjadi positive. Terdapat pelbagai sebab yang memberikan anda negatif upt, iaitu :
- Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
- Kerosakan alat ujian kehamilan
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
- Anda hamil kembar : dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
- Kehamilan ektopik (luar rahim) : Ini adalah merbahaya dan perlu segera dikesan.
Terdapat beberapa tanda kehamilan iaitu:
- Tidak datang haid
- Keletihan
- Mual
- Muntah-muntah (juga dikenali sebagai “morning sickness”)
- Payudara yang sakit dan semakin membesar
- Sembelit
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami bagi konsultasi secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.