
Sulit
4 tahun
Keluar cacing halus ketika buang air kecil
Dr. Saya student berumur 24 tahun. Masuk kali ni sudah 2x saya kecacingan. Sebelum ni tak pernah ada. Bulan lepas sewaktu datang bulan, cacing halus keluar ketika saya buang air kecil. Saya kira tu dari darah period jadi saya tak brapa cemas. Lalu kali ni terjadi lagi, tapi saya belum period. Dinner malam smlm saya makan sardin dalam tin. Adakah cacing tsebut diperoleh dari sardin yg sy makan? Atau memang cacing tu brada dalam badan saya? Mohon sangat Dr jelaskan kerisauan saya. Saya dah panik ni. Harap Dr respon secepat mungkin terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda sedang alami namun kami memerlukan lebih banyak maklumat daripada anda mengenai masalah yang anda sedang alami.
Untuk pengetahuan anda, cacing merupakan parasit di dalam badan manusia dan ia tidak sepatutnya berada di dalam badan kita. Anda boleh mendapat jangkitan cacing disebabkan oleh beberapa perkara berikut:
- Makan menggunakan tangan yang tidak dicuci dengan bersih
- Makanan yang anda makan berkemungkinan mengandungi telur cacing
- Makan makanan yang kurang masak
- Meminum minuman yang kotor atau mengandungi cacing
Ini hanyalah pandangan kami. Anda perlu berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan. Sila jumpa doktor dengan segera sekiranya anda mengalami tanda-tanda berikut:
- Lemah badan
- Terdapat cacing di dalam najis anda
- Pucat
- Hilang selera makan
- Penurunan berat badan secara tiba-tiba walaupun selera seperti biasa
Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami. Terima kasih.