Anonymous
6 tahun
Keluar cairan coklat dari vagina
Saya sekarang mengandung 22 minggu(5 bulan) tetapi keluar cairan berwarna coklat gelap dari vagina. Adakah ia berbahaya doktor… Mohon pencerahan… Terima kasih
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Keputihan biasanya akan keluarlebih banyak sewaktu mengandung. Biasanya keputihan boleh menjadi sedikit gelap akibat terdedah kepada udara. Selain itu, spotting iaitu pendarahan yang sedikit juga biasa berlaku ketika kehamilan.
Namun begitu, jika berlaku pendarahan yang banyak atau berterusan, atau sebarang gejala lain seperti sakit pada bahagian perut anda perlu segera ke hospital untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut.
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.


































