
Sulit
4 tahun
Keluar cecair brwarna kemerahan kecoklatan
Sy wnita 21 thun yg sering kali mngalami cecair merah dn kecoklatan,tp sy x dtg haid…cecair ini kluar stelah dtg haid.adakh ia prtanda suatu pnyakit?mohon pnjelasan doc…tq

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami.
Melalui penerangan anda di atas, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda cecair yang bewarna yang keluar ketika haid boleh disebabkan beberapa perkara bergantung pada warna cecair tersebut seperti:
- keputihan: cecair keputihan merupakan kejadian yang normal, tetapi jika anda mempunyai gejala kegatalan dan kepedihan waktu kencing boleh menjadi petanda jangkitan yis
- kekuningan: cecair bewarna kekuningan boleh disebabkan jangkitan bakteria ataupun jangkitan penyakit kelamin
- coklat: cecair bewarna coklat adalah petanda haid yang tidak teratur. Jika cecair coklat sering berlaku, anda perlu berjumpa dengan doktor untuk memastikan jika cecair coklat berpunca dari kanser rahim dan pangkal rahim.
- kehijauan: cecair hijau adalah warna tidak normal. Ini adalah petanda jangkitan bakteria atau jangkitan penyakit kelamin
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor di klinik berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat dalam hal ini. Anda juga boleh klik link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk mendapatkan nasihat dan maklumat lanjut. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!