
Anonymous
5 tahun
Keluar cecair di zakar
Pada awal nya saya hanya rasa kesakitan ketika membuang air kecil semalam. Tp harini ada cecair putih macam susu mula keluar dari zakar saya. Bole bantu saya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, cecair putih yang keluar dari zakar anda serta gejala kepedihan boleh disebabkan:
- Jangkitan herpes genital
- Jangkitan klamidia/gonorrhoea/trikomonas
- Jangkitan saluran air kencing dan sebagainya
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.