
Anonymous
6 tahun
Keluar cecair hijau seperti nanah dari lubang kemaluan lelaki
Saya lelaki 20 tahun, saya selalu mendapat keluar cecair berwarna hijau seperti nanah dari lubang kemaluan iaitu tempat buang air kecil

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Untuk makluman pihak tuan, gejala yang anda alami tidak semestinya adalah jangkitan gonorrhea. Selain gonorrhea, terdapat beberapa punca lain yang boleh menyebabkan gejala yang sama seperti:
- Jangkitan saluran kencing
- Jangkitan Klamidia
- Jangkitan Trichomonas
- Jangkitan Herpes
- Penyakit Kelamin yang lain
Untuk mencegah masalah jangkitan kelamin seperti gonorea, adalah penting untuk tidak mengamalkan seks rambang dan perlu menjaga kebersihan kawasan kelamin.
Bagi menjawab tentang ubat yang diperlukan, punca gejala anda haruslah diketahui. Sila rujuk kepada doktor dengan klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk konsultasi secara peribadi melalui atas talian dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!