zarul_afifi
6 tahun
Keluar cecair jernih pada zakar
pada waktu pagi sebelum mmbuang air kecil sy perasan zakar sy mengeluarkan cecair jernih dan berlendir .ianyq sudah terjadi beberap hr .apakah msalah yg sy hadapi ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan maklumat yang anda berikan, cecari jernih serta lendir yang keluar bersama air kencing pada waktu pagi boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Air mani
- Air mazi
- Jangkitan saluran kencing
- Jangkitan kelamin seperti gonorrhoea
Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.


































