
Anonymous
6 tahun
Keluar cecair koko di kemaluan
saya berumur 21 tahun… dalam 2/3 hari lepas saya ingatkan saya datang period sebab keluar cecair koko sikit … lepas itu esoknya takde pulak… malamnya ada balik cecair koko… esoknya takde dan malam ada balik cecair koko… maaf dr… sya haritu ada la mengadakan hubungan terlarang dengan kawan saya… saya risau dr… maaf saya jujur dengan dr … boleh dr terangkan kenapa… sebab sebelum ni saya tiada masalah tentang haid

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Untuk makluman pihak anda, cecair coklat tersebut boleh keluar disebabkan oleh beberapa perkara :
- Keputihan biasa yang teroksida
- Darah haid
- Jangkitan kelamin
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.