
Anonymous
5 tahun
Keluar cecair kuning di kemaluan (penis)
salam sejahtera . Saya ada mengalami cecair kekuningan keluar pada kemaluan saya dan saya tidak merasai kesakitan atau gatal2 . Cuma cecair saja keluar. Boleh terangkan sakit apa saya alami. Tq

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, cecair kuning yang keluar dari zakar anda boleh disebabkan:
- Nanah dari jangkitan saluran kencing
- Penyakit kelamin seperti klamidia/gonorrhoea
- Air mazi/mani
- Kencing tidak terkawal
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.