Sulit
3 tahun
Keluar Cecair Putih Selepas kencing
ASSALAMUALAIKUM
Nk tnya saya ada persoalan selepas kencing saya dapati ada cecair putih jernih kdg sedikit keruh yang keluar tetapi saya tak rasa apa apa sakit pun.tetapi cecair kadang² je keluar
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Jangkitan salur kencing (urinary tract infection)
- Jangkitan kulat
- Jangkitan kelamin (sexually transmitted infection)
- Radang organ pelvis (pelvic inflammatory diseases) bagi wanita
- Bacterial vaginosis bagi wanita
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.