Sulit
5 tahun
Keluar cecair putih seperti susu
Saya wanita berumur 37 tahun …kuar cecair putih seperti susu Di tetek… x sakit
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah discaj dari puting ini mungkin bukan sesuatu yang perlu dirisaukan. Lebih-lebih lagi jika anda mengandung atau menyusukan anak.
Namun begitu sekiranya discaj yang anda alami seperti yang berikut, ianya mungkin merbahaya Antaranya:
Darah
Discaj keluar hanya dari sebelah puting sahaja
Discaj yang keluar dengan sendirinya
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.





































