
zalinazahri
5 tahun
Keluar darah banyak kali bersama keputihan semasa hamil
Saya berusia 22 tahun. Pd mei lepas, saya disahkan pregnant 5 weeks dan skrg sepatutnya 15weeks 4days. 2 kli sy check pd first time tau pregnant dan seminggu selepas tu tp kantung tak nampak. Then kli kedua check dokter try lg UPT, jd negatif plk. Msa first time, 2 kli dokter check sbb lmbt result. Sy jdi kecewa jgk. Smpi skrg blom check dokter. In fact, UPT pun tak test lg. Takut kecewa… cuma lately ad drh keluar. Mostly dgn keputihan. Ad 2 kli dlm bulan sama jadi keluar darah mcm period. Confius sy. Tp tnde2 ad. Cuma morning sickness dlu pun tak teruk sgt . Sy confius sbnrnye. Dan takut… tanda berat peruy, kdg2 rasa sakit bwh oerut, pinggang, badan ad. Sy harap dokter blh bg penjelasan roughly keadaan sy ni. Doakan msh ad zuriat dlm rahim sy😢

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala pendarahan serta keputihan sewaktu awal kehamilan boleh disebabkan beberapa faktor seperti:
- Pendarahan fibroid
- Jangkitan kulat seperti kandidiasis
- Keguguran
- Masalah pembekuan darah
- Kehamilan luar rahim
Pemeriksaan minggu ke-10 seharusnya memberikan anda jawapan sekiranya kandungan masih diteruskan ataupun sudah tidak lagi kerana pemeriksaan minggu ke-10 akan menyertakan sekali ujian ultrasound. Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.