
Sulit
4 tahun
Keluar darah berketul ketika hamil
Hi doktor. Saya berumur 31 tahun dan sebelum ni saya pernah periksa di klinik swasta saya hamil 7 minggu. Pada 3 hari lepas tiba2 keluar air dan darah. Saya pergi ke hospital dan keluar darah berketul sebesar tapak tangan. Bila doktor periksa itu cuma ketulan darah sahaja. Masa scan ikut bawah kantung masih kelihatan. Menurut doktor kandungan saya baru berusia 3 - 4 minggu. Saya dibenarkan balik dan appointment scan balik lagi 2 minggu. Cuma masalahnya dari semalam saya dapati ketulan darah seperti hati ayam tetap keluar tapi perut x rasa sakit langsung pun. Hal ini berlaku bila saya banyak bergerak. Jadi soalan saya menurut doktor apa kah ketulan darah yang keluar itu?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, perdarahan diawal usia kehamilan (<22 minggu) boleh terjadi disebabkan pelbagai hal. Antaranya adalah:
- Akibat implantasi
- Perdarahan fisiologi pangkal rahim akibat pembesaran kandungan. - persetubuhan
- Selepas ujian Pap
- Selepas ujian pelvik.
Sebab-sebab lain yang lebih serius apabila perdarahan yang terjadi adalah agak lewat daripada 2 minggu boleh:
- Jangkitan kuman
- Kehilangan kehamilan awal
- Kehamilan ektopik.
Sebaiknya puan berjumpa dengan doktor sekiranya pendarahan yang banyak terjadi, terutama di awal usia kehamilan kerana dikhuatiri terjadinya hal-hal serius diatas. Berbincanglah dengan doktor anda dan dapatkan bimbingan tentang rawatan yang sesuai untuk kondisi anda.
Untuk mendapatkan penjelasan lanjut punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda juga disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.