Sulit
3 tahun
Keluar darah coklat selang sehari selepas bersama
Hai saya ibu remaja yang mengandung 2 bulan. Saya dapati selepas selang sehari saya bersama suami, ade keluar darah coklat bersama keputihan pada awal pagi dan sebelum itu saya ade merasakan sakit perut yang biasa. Doktor nasihatkan supaya saya pergi ke hospital tapi saya takot itu hanyalah cak darah biasa pada awal kehamilan sahaja. Ape yg perlu saya lakukan
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang anda alami ini boleh disebabkan:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma)untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.