
Anonymous
5 tahun
Keluar darah dari vagina
Saya wanita 30an.da 7 tahun berkahwin.Masalah saya adalah,baru-baru ni,dalam bulan ramadhan bila saya bersama dengan suami,saya akan mengalami setitik darah pada keesokan paginya.Saya sudah lama tidak datang haid sejak menggunakan suntikan planning.Malah tidak pernah keluar darah seperti ini ketika bersama suami.Inil adalah pertama kali.Darah tu tidak berbau seperti darah haid,dan seakan-akan darah segar.Kadang kala warnanya tidak terlalu merah dan kadang kala seperti coklat.Bila saya bersama suami,saya tidak berasa sakit.Saya rasakan diatas ari-ari saya sedikit sakit pada bahagian kiri dan perut saya rasakan seakan-akan berat.Malah saya menggunakan suntikan perancang kehamilan.Sekarang dah 3 tahun saya gunakan suntikan tu.Darah yang keluar hanya setitik dan tidak berterusan.Hanya keluar selepas saya bersama suami.Hal ini menyebabkan saya fobia untuk bersama.Tolong jelaskn doktor.Terima kasih
Mf doktor.Ade sedikit tambahan

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda terhadap tahap kesihatan anda . Kemungkinan besar anda mengalami hal ini boleh dikaitkan dengan kesan sampingan suntikan tersebut.Terdapat beberapa kesan sampingan suntikan perancang.Antaranya ialah:
- Pendarahan yang berterusan selepas berhenti mengambil suntikan tersebut
- Kitaran haid akan berubah dan ini akan membimbangkan wanita tersebut
- Keguguran rambut, kekurangan nafsu seks, sakit kepala, gangguan mood
- Batu dalam ginjal sekiranya diambil untuk masa yang agak lama
- Meningkatkan keupayaan untuk mendapat masalah osteoporosis
Jikalau puan masih mempunyai keraguan tentang tahap kesihatan anda boleh berbincang dengan doktor untuk mendapatkan untuk penjelasan yang lebih tepat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.