
zariesha
5 tahun
Keluar darah dr dubur
Saya wanita berumur 38 thn,darah keluar dr dubur saya walaupun saya tidak membuang air besar,adakah itu buasir

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Buasir (Hemorrhoids), yang biasanya dikenali sebagai “piles” , adalah saluran darah yang bengkak di dalam atau di sekitar dubur dan rektum.
Gejala buasir termasuk:
- Pendarahan merah terang dari dubur
- Kesakitan semasa pergerakan usus
- Bengkak yang menyakitkan atau benjolan berhampiran dubur
- Kegatalan dubur
- Pelepasan dubur lendir
- Keradangan dubur
- Kebocoran najis
- Darah pada tisu anda selepas pergerakan usus
Untuk masalah puan, ia mungkin buasir dan mungkin tidak. Terdapat masalah lain yang boleh menyebabkan najis berdarah. Ini termasuklah :
- Anal fissure (luka pada dubur)
- Diverticular disease- dinding usus yang lama membentuk poket kecil di sepanjang dinding usus besar.
- Colitis – keradangan usus yang disebabkan kuman atau masalah kronik (ulcerative colitis)
- Polip – Ketumbuhan pada dinding usus.
- Kanser usus
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.