becausey00
4 tahun
Keluar darah haid lebih awal 3 hari tapi darah tidak banyak. Ada kemungkinan untuk hamil?
Saya wanita berusia 27 tahun. Baru berkahwin 3 bulan yang lalu. Saya dan suami tinggal berjauhan. Cuma 12 hari kebelakangan ini kami cuti dan bersama-sama hampir setiap hari.
Saya mengalami gangguan pada perut sejak 4 hari lepas. Saya muntahkan makanan saya semula, perut kembung berangin. Sendawa berterusan. Rahim terasa membengkak. Diikuti membuang air yang terlalu kerap dan sentiasa rasa nyeri. Buah dada saya pun membengkak dan sakit.
Hari ini, tiba2 saya sakit perut (kram) ringan, dan keluar darah sedikit demi sedikit. Warnanya sama seperti darah haid. Saya nak pastikan apakah itu darah haid atau darah implantasi. Dan bolehkah saya buat pemeriksaan kehamilan menggunakan tes pek dalam masa darah masih ada? Mohon penjelasan. Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda terhadap hal ini.Terdapat beberapa sebab anda mengalami pendarahan pada awal kehamilan.Antaranya ialah:
- Pendarahan implantasi: Terdapat sejumlah kecil darah yang terhasil sewaktu implantasi embrio ke dinding rahim dan ia adalah sesuatu yang normal.keletihan, mual dan muntah.
- Keguguran yang terancam: Anda mungkin diberitahu bahawa anda mempunyai keguguran yang terancam jika anda mengalami pendarahan atau kekejangan di bahagian bawah abdomen.
- Kehamilan ektopik: Ini berlaku apabila telur yang telah disenyawakan tertanam di luar rahim, selalunya dalam tiub Fallopian.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.