
Sulit
4 tahun
Keluar darah haid tidak normal
Hai doktor. Umur saya 23 tahun. Minggu lepas saya ada keluar darah spotting berwarna coklat selama 2 hari. Selepas 2 hari keluar darah haid selama 3 hari dan banyak darahnya. Memang darah haid seperti haid sebelumnya. Selepas itu ada jugak keluar darah spotting lagi tetapi hari berikutnya keluar darah haid semula. Adakah ini normal? Saya kerap sakit badan pada waktu bekerja

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah perubahan warna haid selama tempoh haid boleh disebabkan oleh sesuatu yang normal atau atas beberapa faktor kesihatan seperti:
- Masalah keseimbangan hormon
- Gaya hidup yang aktif
- Tekanan
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome (PCOS)
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan pihak kami secara peribadi untuk penerangan dan nasihat lanjut. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!