
Anonymous
5 tahun
Keluar darah hitam selepas lbh seminggu dari hari terakhir datang haid
Saya wanita berumur 29tahun dan mempunyai seorang anak.bulan lepas sy didiagnose pcos dan cyst…skrg sy sedang mengambil ubat diane 35 dan spatutnya habis makan pd 29/7. Saya period pada 6/7-11/7 dan sepatutnya haid sy akn dtg ialah bulan depan.tetapi hr ni tiba2 keluar darah hitam disamping sakit perut seperti senggugut, dada terasa agak sesak & sakit kepala.apa yg perlu sy buat?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala darah hitam yang keluar dari faraj anda boleh disebabkan:
- Kesan ubat yang anda ambil - kerana ubat tersebut adalah sejenis perancang keluarga untuk memastikan kitaran haid yang biasa kepada anda
- Darah lebihan dari waktu haid lepas yang ter-oksida
- Kehamilan luar rahim
- Pendarahan dari fibroid/polip dalam rahim
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.