
Sulit
5 tahun
Keluar darah ketul2 selama 3 harul
saya nak tanya doc. saya bru datang period masa 24.4-28.4 . lepas pada tu.saya datang pulak period 7.5 smpai skarang . dan dia keluar darah ketul2 . saya takot tu darah gugur . tapi saya check saya tak hamil pun . macam mna ya doc

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Darah yang keluar sedikit berkemungkinan besar merupakan haid yang normal, Ketulan berwarna merah gelap adalah darah yang telah beku. Kadang kala darah haid tidak boleh keluar dari rahim kerana serviks atau faraj anda tertutup. Oleh itu, ia menjadi bekuan darah dalam rahim dan hanya jatuh keluar apabila serviks dan faraj anda terbuka.
Jika anda mengalami darah berketul, sakit pinggang atau perut anda disarankan untuk mengunjungi doktor berdekatan untuk pemeriksaan lanjut.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.