
Sulit
5 tahun
Keluar darah Merah gelap semasa hamil 6 minggu
Saya berumur 29 tahun…sy kat period pada 6/3/20…dan Ada buat upt positive…Hari ini Saya da keluar darah Merah gelap…pinggang Rasa sakit macam dtg Haid

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah pendarahan di awal kehamilan ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Pendarahan implantasi
Keguguran yang terancam
Keguguran spontan atau lengkap
Keguguran tidak lengkap
Ovum yang hancur
Kematian janin di dalam rahim
Kehamilan ektopik
Kehamilan molar
Pendarahan postkoital- pendarahan vagina selepas hubungan kelamin. Ia adalah normal semasa kehamilan.
Pendarahan juga mungkin disebabkan oleh punca-punca yang tidak berkaitan dengan kehamilan. Sebagai contoh, trauma atau koyakan di dinding faraj, dan beberapa jenis jangkitan boleh menyebabkan pendarahan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan segera lebih-lebih lagi jika pendarahan anda berlanjutan, keluar tisu dari vagina atau sakit yang semakin parah.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.