
Sulit
3 tahun
Keluar darah pekat selepas 3 hari habis period
Saya berumur 25 tahun dan baru berkahwin . Sblum ni saya period seperti biasa , selepas saya period dalam 3 hari selepas tu saya tgk ada darah pekat melekat di seluar dalam . Pada mulanya ingatkan hanyalah spotting. Tp sudah 3 hari tetap ada darah berterusan tak banyak tp pekat, blh kata sebabyak 1 pantyliner 1 hari darah pekat tersebut

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami kebimbangan anda mengalami gejala haid yang berterusan yang disertai darah pekat. dan kami akan cuba untuk membantu.
Untuk pengetahuan anda, pendarahan yang berpanjangan ini boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- kitaran haid yang tidak teratur
- trauma pada kelamin
- kadar hormon yang tidak seimbang
- penggunaan ubat perancang keluarga
- kesan sampingan ubat-ubatan seperti ibuprofen/aspirin yang mencairkan darah
Namun gejala ini juga boleh berlaku akibat kondisi yang serius yang memerlukan pemerhatian lebih lanjut daripada doktor seperti:
- Endometriosis
- Ketumbuhan fibroid
- Gangguan pembekuan darah
- Kanser rahim atau serviks
Oleh itu, anda digalakkan untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian agar kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut atau merujuk anda kepad apakar sakit puan sekiranya perlu.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Klik di sini untuk bercakap dengan pakar sakit puan