
Anonymous
5 tahun
Keluar darah saat disahkan hamil 4minggu lebih
Saya disahkan hamil pada 23.12.2018 dan pada 30.1.2019 saya mendapati ada keluar darah, saya telah pergi ke hospital doktor scan tapi baby ok… Setelah pulang dari hospital saya mendapati ada satu ketulan yang besar keluar semasa saya kencing, bila saya ambil ketulan tersebut mendapati ketulan itu keras… Sampai sekarang perkara ini menjadi tanda tanya saya, adakah saya sebenarnya mempunyai bayi kembar sebelumnya

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, ketulan darah yang keluar melalui faraj anda sewaktu awal kehamilan boleh berpunca daripada beberapa sebab seperti:
- Kehamilan ektopik
- Kehamilan molar
- Pendarahan implantasi
- Kematian janin kembar
Sekiranya anda mempunyai keraguan, anda boleh berjumpa dengan doctor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.