Sulit
3 tahun
Keluar darah selepas 2 minggu tarikh tetap period
Hello, saya belum berkahwin dan tidak pernah bersama mana2 lelaki. Period saya tetap dan teratur, tetapi sudah 2 bulan ada darah keluar selepas 2 minggu sy period, Tapi kuantiti darah tak byk, dlm 2-3 hari je keluar. Saya pelik dan risau. Boleh terangkan tak dr kenapa? Saya ada melakukan aktiviti extrem selepas period, futsal, hiking, adakah itu sbb darah sy keluar? Atau ada sebab lain?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting (keluar cecair coklat) sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perimenopaus
- Tisu endometrium
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depo, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.